Sunday, December 27, 2015

Alfateha buat - Faridah Ismail

Orangnya mudah bergaul, dan ramai kenalan, minat beliau, memasak tak kira apa saja yang boleh menjadi rezekinya dia akan usahakan, mmg buat bekerja sehinggakan sampai tidur pun tak menentu waktu, kasihan dia, nak hidupkan anak2 juga membantu suami, itulah sifat nya, dia juga rajin mengikuti kursus untuk mempertingkatkan diri dan sebagainya.

sehingga satu tahap di mana kami di kejutkan dgn berita ttg beliau menghidapi sakit cancer, jatuh luluh segala perasaan kami, segala tumpuan hanya kepada beliau, sokongan keluarga tidak pernah luput untuk beliau, dgn harapan moga beliau cekalkan hati dan tidak sedih2, walaupun sesekali masih terdengar lagi di kuping telinga ibu ni, keluhan, kebimbangan dan kesedihan hati juga kesakitan beliau, banyak masa di luangkan bersama.

Mungkin senang bagi kita kata begitu tapi tidak kepada beliau, walaupun ibu tahu apa yang dia lalui, namun ibu cuba untuk tidak berbicara ttg sakitnya malah cuba menceriakan beliau,namun ada masa hatinya terusik jugak, nak buat macam manakan, Allah saja yang memahami dan mengetahui segala rahsia alam ini. sakit beliau yang mula di ketahui pada oct 2014, semakin kritikal dari hari ke hari, tiba saat pada Sept 2015 dia semakin lemah, dan mula hadapi lemah2 badan lebih2 lagi sakit pada sendi dan tulangnya, mungkin juga dari kesan radiotraphi yang dia pernah beritau ibu, tapi dia ni mmg sabarlah orangnya walaupun sakit..semangat dia nak terus hidup dan cari ubat untuk pulih senantiasa di fikirannya setiap masa,   walau sampai tidak berdaya skali pun beliau masih gagahkan kuatkan diri untuk solat di atas katil hospital, merapati diri pada Allah.

ALFATEHA buat Allahyarhamah Faridah Ismail, beliau adalah adik kandong ibu juga penyokong kuat bagi setiap aktiviti yang ibu lakukan, dialah org yang akan beriya2 ingin tahu, dan senantiasa beri sokongan pada ibu, kini itu semua tinggal kenangan... beliau pergi buat selamanya tinggalkan kami pada 27 Dec 2015.  Bagi yang mengenali Allahyarhammah, dapat kiranya mengampunkan segala dosa2nya, dan halalkan segalanya terhadap beliau, dan jangan lupa doakan beliau walau hanya 1 Al fateha tak apa, moga tenang beliau di sana insyallah, terima kasih.

*hilang seorang lagi ahli keluarga juga penyokong kuat buat LuahanRasa

No comments:

Post a Comment