sehingga satu tahap di mana kami di kejutkan dgn berita ttg beliau menghidapi sakit cancer, jatuh luluh segala perasaan kami, segala tumpuan hanya kepada beliau, sokongan keluarga tidak pernah luput untuk beliau, dgn harapan moga beliau cekalkan hati dan tidak sedih2, walaupun sesekali masih terdengar lagi di kuping telinga ibu ni, keluhan, kebimbangan dan kesedihan hati juga kesakitan beliau, banyak masa di luangkan bersama.
Mungkin senang bagi kita kata begitu tapi tidak kepada beliau, walaupun ibu tahu apa yang dia lalui, namun ibu cuba untuk tidak berbicara ttg sakitnya malah cuba menceriakan beliau,namun ada masa hatinya terusik jugak, nak buat macam manakan, Allah saja yang memahami dan mengetahui segala rahsia alam ini. sakit beliau yang mula di ketahui pada oct 2014, semakin kritikal dari hari ke hari, tiba saat pada Sept 2015 dia semakin lemah, dan mula hadapi lemah2 badan lebih2 lagi sakit pada sendi dan tulangnya, mungkin juga dari kesan radiotraphi yang dia pernah beritau ibu, tapi dia ni mmg sabarlah orangnya walaupun sakit..semangat dia nak terus hidup dan cari ubat untuk pulih senantiasa di fikirannya setiap masa, walau sampai tidak berdaya skali pun beliau masih gagahkan kuatkan diri untuk solat di atas katil hospital, merapati diri pada Allah.
*hilang seorang lagi ahli keluarga juga penyokong kuat buat LuahanRasa
ps: Maaf yer sebenarnya catitan ni belom habis, masih byk yang ingin ibu beritau, namun oleh kerana soal kematian ni buat ibu cepat jer sedih bila nak siapkan catitan ni, apa pun ibu akan update sikit2 harap maaklum yer.