Assalamualaikum wr wb....Terima kasih kerana sudi singgah di teratak kami, yang di tuju khas buat semua Allahyarham juga Allahyarhammah yang telah meninggal dunia, moga dapat kiranya kita klick butang youtube untuk mendengar bacaan ayat suci AlQuran untuk kita sedekah kan kepada mereka2 yang kita ingin tujukan, dan moga mereka tenang di sana amin insyaAllah ALFATEHA, jika anda ingin email kami sila hantar ke radio.luahanrasafm@gmail.com, share, follow like, Terima kasih Wassalam.

Sunday, December 27, 2015

Alfateha buat - Faridah Ismail

Orangnya mudah bergaul, dan ramai kenalan, minat beliau, memasak tak kira apa saja yang boleh menjadi rezekinya dia akan usahakan, mmg buat bekerja sehinggakan sampai tidur pun tak menentu waktu, kasihan dia, nak hidupkan anak2 juga membantu suami, itulah sifat nya, dia juga rajin mengikuti kursus untuk mempertingkatkan diri dan sebagainya.

sehingga satu tahap di mana kami di kejutkan dgn berita ttg beliau menghidapi sakit cancer, jatuh luluh segala perasaan kami, segala tumpuan hanya kepada beliau, sokongan keluarga tidak pernah luput untuk beliau, dgn harapan moga beliau cekalkan hati dan tidak sedih2, walaupun sesekali masih terdengar lagi di kuping telinga ibu ni, keluhan, kebimbangan dan kesedihan hati juga kesakitan beliau, banyak masa di luangkan bersama.

Mungkin senang bagi kita kata begitu tapi tidak kepada beliau, walaupun ibu tahu apa yang dia lalui, namun ibu cuba untuk tidak berbicara ttg sakitnya malah cuba menceriakan beliau,namun ada masa hatinya terusik jugak, nak buat macam manakan, Allah saja yang memahami dan mengetahui segala rahsia alam ini. sakit beliau yang mula di ketahui pada oct 2014, semakin kritikal dari hari ke hari, tiba saat pada Sept 2015 dia semakin lemah, dan mula hadapi lemah2 badan lebih2 lagi sakit pada sendi dan tulangnya, mungkin juga dari kesan radiotraphi yang dia pernah beritau ibu, tapi dia ni mmg sabarlah orangnya walaupun sakit..semangat dia nak terus hidup dan cari ubat untuk pulih senantiasa di fikirannya setiap masa,   walau sampai tidak berdaya skali pun beliau masih gagahkan kuatkan diri untuk solat di atas katil hospital, merapati diri pada Allah.


ALFATEHA buat Allahyarhamah Faridah Ismail, beliau adalah adik kandong ibu juga penyokong kuat bagi setiap aktiviti yang ibu lakukan, dialah org yang akan beriya2 ingin tahu, dan senantiasa beri sokongan pada ibu, kini itu semua tinggal kenangan... beliau pergi buat selamanya tinggalkan kami pada 27 Dec 2015.  Bagi yang mengenali Allahyarhammah, dapat kiranya mengampunkan segala dosa2nya, dan halalkan segalanya terhadap beliau, dan jangan lupa doakan beliau walau hanya 1 Al fateha tak apa, moga tenang beliau di sana insyallah, terima kasih.

*hilang seorang lagi ahli keluarga juga penyokong kuat buat LuahanRasa

ps: Maaf yer sebenarnya catitan ni belom habis, masih byk yang ingin ibu beritau, namun oleh kerana soal kematian ni buat ibu cepat jer sedih bila nak siapkan catitan ni, apa pun ibu akan update sikit2 harap maaklum yer.

Friday, February 27, 2015

Alfateha - Snor aka Soharno Abdul

Nick ONAIR/Radio: SNOR
Deejin Time: Sometime
Genre Play: Pop Yeah Yeah
Location: Office

Deejin/Videoman Since: 7/12/2000
Website: http://www.luahanrasa.com
Radio Station: LuahanRasa.FM
Listeners from?: website

Info Dj/Crew: Berpengalaman mengambil gambar untuk LuahanRasa.com, Ikuti Director LR.com kemana saja tak kira masa membuat liputan bagi pihak LR di samping memastikan LR mempunyai sampingan berkenaan show, liputan video juga gambar,  sejak penubuhan LuahanRasa beliau adalah salah se orang penaja/sponsor yang menyokong penuh segala usaha yang di jlnkan oleh Director LuahanRasa ia itu Deejay Ibumisali yang merupakan juga isteri kepada beliau.

Minat beliau: menyanyi lagu lagu 60an, juga melayari website rasmi Luahanrasa.com, senantiasa menanti perkembangan terbaru yang di kemas kini di muka depan page LuahanRasa.com :(, dan di sebabkan minat pada musik begitu ketara, maka ibu wujudkan LuahanRasa.com agar beliau akan senantiasa bersama LuahanRasa dan memberi segala tumpuan yang di perlukan LuahanRasa, walaupun tugasannya hanya mengambil gambar, tidak semua boleh melakukan tugasan ini yang harus ikut ketua kemasa sana, lari kesana dan kemari, namun beliau tetap sabar dan mengikut perintah janji dapat ikut dan demi cintanya pada LuahanRasa dan juga musik.

Meninggal dunia pada: 27/02/2015 Jumaat 11.45mlm.

* Mohon bagi yang mengenalinya, agar dapat memaafkan segala dosa dan kesalahan beliau, halalkan segala nya terhadap beliau dan semoga Almarhum tenang di sana bersama orang orang yang soleh amin... Tuhan pelihara dia buat ku ALFATEHA...

info oleh Deejay Ibumisali
info update 22/4/2015