Assalamualaikum wr wb....Terima kasih kerana sudi singgah di teratak kami, yang di tuju khas buat semua Allahyarham juga Allahyarhammah yang telah meninggal dunia, moga dapat kiranya kita klick butang youtube untuk mendengar bacaan ayat suci AlQuran untuk kita sedekah kan kepada mereka2 yang kita ingin tujukan, dan moga mereka tenang di sana amin insyaAllah ALFATEHA, jika anda ingin email kami sila hantar ke radio.luahanrasafm@gmail.com, share, follow like, Terima kasih Wassalam.

Thursday, January 18, 2018

Death (Family)

Tiada siapa yang tahu bila kita akan pergi dulu, kadang tu orang yang kita sangka sakit teruk tak pergi tapi yang sihat segar bugar dan tidak pernah sakit tiba2 dia yang pergi meninggalkan kita buat selama nya.  

Moral of the story: Harga orang orang yang kita sayang dan dekat dengan kita, setiap saat setiap detik sangat berharga, isi masa tu sebaiknya, jangan sampai bila mana esok 'dia' dah takde baru kita mula nak menyesali, dah lah masa hidup bertanya khabar pun tidak, ape lagi nak ziarah...jauh sekali, perit bila kita mula rasa kehilang mereka setelah mereka takde, hari hari yang kita lalui berubah sama sekali, kita rasa sedih, sebak, marah dan menyesal, tak kurang juga ada yang tak rasa gembira atau ceria lagi, mentelah menjelang tibanya Hari Raya, setiap perayaan setiap hari lahir dan setiap kenduri kendara kita kan rasa seakan ade kekosongan dan dah tak ceria macam dulu masa semua masih ade, dan sering rasa down atau depressi (tertekan), 


PADA MASA TU KITA AKAN RASA....

1. kita rasa lemah
2. tiba tiba rasa tak sihat
3. dada rasa ketat sebab depressi yang agak tinggi

apa pun yang kita rasa, kita harus INGAT kehidupan kita masih harus di teruskan, kena selalu banyak sabar dan tabah dalam hidup selepas di tinggal oleh mereka2 yang kita sayang, INGAT kita masih ade anak2, masih punya keluarga adik beradik dan teman2 yang rapat dgn kita, kematian Ahli keluarga atau pasangan tidak bererti mati juga kehidupan, bykkan sabar dan berdoa pada Allah selalu, moga Allah permudahkan segala urusan mereka, di lapangkan serta terangi kubur mereka, dan moga Allah senantiasa mengasih dan melindungi mereka dan moga mereka di-tempatkan bersama orang2 yang soleh dan soleha amin. jom sama2 kita klick butang bacaan ayat suci AlQuran di sebelah kiri tu dan mari kita sedekahkan mereka dgn ALFATEHA.

Sunday, January 7, 2018

Alfateha - Abdul Rahman Bin Ismail

Rasanya macam baru semalam jer beliau pergi meningalkan kami, bagi orang tua ibu, mungkin kali ni agar sukar bagi mereka nak menerima kenyataan bahwa abg ibu dah pergi meninggalkan kita semua, kasihan pada mak dan ayah yang senantiasa berlinangan air mata bila memikirkan anak kesayangannya ini telah tiada.

nak di kata kan tak ade kenangan tu bohonglah, ni sikap kembali 3 bulan sebelum pemergian beliau, masa tu beliau sering nak pergi berubat, dia ajak mak ayah ikut sama, ke batam kemudian balik ke JB, then ulang alik ke Melaka cuci darah dan sebagainya.

klik sambungan cerita di SINI

Saturday, June 10, 2017

Jupe

Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati asal dari indonesia lahir pada tanggal 15/7/1980 dan wafatnya beliau pada 10/6/2017, seorang yang tidak asing lagi di dunia Hiburan, telah lama berkecimpung dalam dunia Hiburan sebagai Artis, dan pernah juga berlakun Filem

Apa yang membuatkan ibu tertarik dgn Almarhumah, adelah tentang kisah hidup beliau walaupun beliau berjaya dalam dunia hiburan, namun kisah hidup peribadinya amat menyentuh hati, disini ibu rasa ibu dapat faham bagaimana perasaan beliau, di kala beliau memerlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang suami atau pun seorang lelaki, beliau sering di kecewakan, dan kalau di ikuti kisah hidupnya (jangan kisahkan ttg yang lain2 tu) tapi dari pengalaman beliau dan semangat beliau yang kuat, beliau bekerja sekuat mungkin untuk menampung berbelanjaan rawatan dalam dan luar negeri, ini bukan sesuatu yang mudah bagi seorang yang telah di sah kan mempunyai sakit yang membawa maut, dan dalam keadaan beliau begitu sering sering terjadi berbagai perkara yang mengecewakan hati beliau, serta keluarga beliau, tapi beliau masih di sayangi oleh ramai fanz, kawan2 dan keluarga yang sayangkan beliau, kisah hidup beliau banyak menyadarkan kita semua, betapa pentingnya hidup ini, danbetapa penting juga keluarga dalam hidup kita ini.

Dan satu hal ttg Almarhumah ini, yang ibu salute ialah antaranya:
Keperibadian, kekuatan beliau sebagai cancer surviver juga mempunyai bakat yang sangat luar biasa sebagai seorang artis dan seorang anak yang senantiasa menjaga kebajikan orang tuanya juga keluarganya kita contohi, pada ibu mmg tiada duanya Jupe dan walaupun ade takkan mungkin dapat menandingi beliau.


Marilah kita sama sama doakan buat Almarhummah, moga Allah ampuni segala dosa2nya, lapangkan kuburnya, terangi kuburnya dan tempatkan beliau bersama orang orang yang soleh dan soleha Amin, Alfateha

Sunday, December 27, 2015

Alfateha buat - Faridah Ismail

Orangnya mudah bergaul, dan ramai kenalan, minat beliau, memasak tak kira apa saja yang boleh menjadi rezekinya dia akan usahakan, mmg buat bekerja sehinggakan sampai tidur pun tak menentu waktu, kasihan dia, nak hidupkan anak2 juga membantu suami, itulah sifat nya, dia juga rajin mengikuti kursus untuk mempertingkatkan diri dan sebagainya.

sehingga satu tahap di mana kami di kejutkan dgn berita ttg beliau menghidapi sakit cancer, jatuh luluh segala perasaan kami, segala tumpuan hanya kepada beliau, sokongan keluarga tidak pernah luput untuk beliau, dgn harapan moga beliau cekalkan hati dan tidak sedih2, walaupun sesekali masih terdengar lagi di kuping telinga ibu ni, keluhan, kebimbangan dan kesedihan hati juga kesakitan beliau, banyak masa di luangkan bersama.

Mungkin senang bagi kita kata begitu tapi tidak kepada beliau, walaupun ibu tahu apa yang dia lalui, namun ibu cuba untuk tidak berbicara ttg sakitnya malah cuba menceriakan beliau,namun ada masa hatinya terusik jugak, nak buat macam manakan, Allah saja yang memahami dan mengetahui segala rahsia alam ini. sakit beliau yang mula di ketahui pada oct 2014, semakin kritikal dari hari ke hari, tiba saat pada Sept 2015 dia semakin lemah, dan mula hadapi lemah2 badan lebih2 lagi sakit pada sendi dan tulangnya, mungkin juga dari kesan radiotraphi yang dia pernah beritau ibu, tapi dia ni mmg sabarlah orangnya walaupun sakit..semangat dia nak terus hidup dan cari ubat untuk pulih senantiasa di fikirannya setiap masa,   walau sampai tidak berdaya skali pun beliau masih gagahkan kuatkan diri untuk solat di atas katil hospital, merapati diri pada Allah.


ALFATEHA buat Allahyarhamah Faridah Ismail, beliau adalah adik kandong ibu juga penyokong kuat bagi setiap aktiviti yang ibu lakukan, dialah org yang akan beriya2 ingin tahu, dan senantiasa beri sokongan pada ibu, kini itu semua tinggal kenangan... beliau pergi buat selamanya tinggalkan kami pada 27 Dec 2015.  Bagi yang mengenali Allahyarhammah, dapat kiranya mengampunkan segala dosa2nya, dan halalkan segalanya terhadap beliau, dan jangan lupa doakan beliau walau hanya 1 Al fateha tak apa, moga tenang beliau di sana insyallah, terima kasih.

*hilang seorang lagi ahli keluarga juga penyokong kuat buat LuahanRasa

ps: Maaf yer sebenarnya catitan ni belom habis, masih byk yang ingin ibu beritau, namun oleh kerana soal kematian ni buat ibu cepat jer sedih bila nak siapkan catitan ni, apa pun ibu akan update sikit2 harap maaklum yer.

Friday, February 27, 2015

Alfateha - Snor aka Soharno Abdul

Nick ONAIR/Radio: SNOR
Deejin Time: Sometime
Genre Play: Pop Yeah Yeah
Location: Office

Deejin/Videoman Since: 7/12/2000
Website: http://www.luahanrasa.com
Radio Station: LuahanRasa.FM
Listeners from?: website

Info Dj/Crew: Berpengalaman mengambil gambar untuk LuahanRasa.com, Ikuti Director LR.com kemana saja tak kira masa membuat liputan bagi pihak LR di samping memastikan LR mempunyai sampingan berkenaan show, liputan video juga gambar,  sejak penubuhan LuahanRasa beliau adalah salah se orang penaja/sponsor yang menyokong penuh segala usaha yang di jlnkan oleh Director LuahanRasa ia itu Deejay Ibumisali yang merupakan juga isteri kepada beliau.

Minat beliau: menyanyi lagu lagu 60an, juga melayari website rasmi Luahanrasa.com, senantiasa menanti perkembangan terbaru yang di kemas kini di muka depan page LuahanRasa.com :(, dan di sebabkan minat pada musik begitu ketara, maka ibu wujudkan LuahanRasa.com agar beliau akan senantiasa bersama LuahanRasa dan memberi segala tumpuan yang di perlukan LuahanRasa, walaupun tugasannya hanya mengambil gambar, tidak semua boleh melakukan tugasan ini yang harus ikut ketua kemasa sana, lari kesana dan kemari, namun beliau tetap sabar dan mengikut perintah janji dapat ikut dan demi cintanya pada LuahanRasa dan juga musik.

Meninggal dunia pada: 27/02/2015 Jumaat 11.45mlm.

* Mohon bagi yang mengenalinya, agar dapat memaafkan segala dosa dan kesalahan beliau, halalkan segala nya terhadap beliau dan semoga Almarhum tenang di sana bersama orang orang yang soleh amin... Tuhan pelihara dia buat ku ALFATEHA...

info oleh Deejay Ibumisali
info update 22/4/2015